Yayasan Maghfirah

Kelas SAQ Braille

50,000 OKU PENGLIHATAN BELUM MENDAFTAR, KADAR KEMAHIRAN BRAILE MEMBIMBANGKAN!
Dijangka jumlah OKU penglihatan mencecah 100,000 orang. Di manakah sebahagian lagi daripada jumlah ini yang masih belum mendaftar?

 

Zaman sudah berubah, kemajuan teknologi makin bercambah! Terlalu bergantung kepada telefon pintar, masih ramai antara mereka belum menguasai kod Braille.
Malah, kepayahan ini turut dirasai oleh OKU dewasa apabila hilang daya penglihatan waktu sudah berusia kerana penyakit kronik atau kemalangan!

 

Berbanding dengan OKU penglihatan sejak lahir, mereka hanya perlu masa dua bulan untuk belajar Braille.
Apakan daya mereka! Untuk bangkit, OKU penglihatan perlukan sokongan dari kita sama ada mental dan fizikal.
Jika dapat kita menyumbang untuk #KelasSAQBraille, alangkah gembiranya mereka! Bayangkan mereka dapat menguasai al-Quran asbab hadiri kelas ini.

 

Pakej yang disediakan untuk sumbangan SAQ Braille:
✅ PERAK : RM100
✅ EMAS : RM200
✅ BERLIAN: RM300
✅ Kelas Pengajian + Quran Braille : RM500

 

“Hendaklah kamu semua membaca al-Quran, sesungguhnya al-Quran itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Berganda-ganda pahala kita, berkat sedekah kita ini. manfaatkan hidup dengan amal jariah untuk kehidupan di sana nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *