Yayasan Maghfirah

Jom Infaq Quran

Tahukah kita sebenarnya ada pelbagai cara untuk berwakaf?
Bukan setakat dengan tanah, bangunan dan aset kekal! Malah, Islam juga mengharuskan wakaf tunai.
Dengan wakaf tunai, wang akan dikumpul sebagai dana akan ditukarkan dalam bentuk harta kekal.
Tidak semua berpeluang untuk mewakafkan. Namun, jika kita berpeluang dan diberikan masa untuk berwakaf, maka manfaatkanlah.
Ini adalah salah satu cara berbakti kepada masyarakat!

 

Oleh itu, Yayasan Maghfirah menyeru agar kita semua menyumbang dalam kempen #QuranForAll.
Hanya dengan RM20 untuk satu nama pewakaf & RM60 untuk senaskhah al-Quran, sasaran dana kami akan tercapai untuk mengagihkan 200 buah al-Quran sebulan.
Semoga amal jariah kita ini memberikan kebaikan kepada kita nanti, insyaallah. Sebaik-baik kebajikan adalah menafkahkan harta kita.

 

Allah SWT berfirman:
“Kamu sekali-sekali tidak akan sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian daripada harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”. (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)

 

Untuk berwakaf anda boleh salurkan melalui pautan dibawah:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *