PELUANG PEKERJAAN DI YAYASAN MAGHFIRAH
JAWATAN : PENULIS KREATIF
- Gaji: 1,800 - RM 2,300
Diskripsi Tugas :
- Terlibat secara langsung dalam penyediaan bahan pemasaran dan bahan kreatif di Yayasan Maghfirah.
- Memberi sumbangsaran dan idea dalam penyediaan sesebuah bahan pemasaran yang berimpak.
- Menasihati pihak penerbit dan keseluruhan pasukan pereka bahan dalam menghasilkan bahan pemasaran yang mengikut tren semasa.
- Menyediakan skrip bahan kempen yang lengkap berkesan dan bertepatan dengan piawaian dan keperluan yayasan.
- Menyediakan ayat "copywriting" bagi sebarang edaran di platform media sosial yayasan.
- Memastikan bahan kempen yang dihasilkan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
- Menyediakan analisa terhadap bahan pemasaran yang telah dibuat serta memberi cadangan solusi bagi penambahbaikan.
Kriteria Diperlukan :
- Mempunyai diploma atau ijazah dalam bidang berkaitan.
- Mahir dengan format skrip.
- Boleh menulis dengan baik dan penceritaan yang baik.
- Kreatif dan suka meneroka perkara baru.
- Berminat menceburkan diri dalam suasana kebajikan.
Tempat bekerja : Pejabat Yayasan Maghfirah, No.7, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000, Kajang, Selangor.
Cara memohon :
- Muat turun Borang Permohonan Kerja (https://bit.ly/BorangPermohonanKerjaYM)
- Isi Borang dengan lengkap
- Emailkan Vitae Kurikulum (CV) beserta Borang Permohonan Kerja yang lengkap pada alamat email [email protected]com
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : Jabatan Sumber Manusia: 017-2797362 Tarikh diiklankan: 01 Oktober 2021