Iqbal Khalid Initiative

Sumbangan anda mungkin

menyelamatkan nyawa

Dugaan kesihatan merupakan sesuatu yang cukup berat. Bagi yang berkemampuan mungkin mereka boleh melakukan pelbagai ikhtiar untuk Kembali sembuh.

Namun tidak semua pula yang berkemampuan, sesetengah penyakit atau komplikasi memerlukan kos rawatan atau pembedahan yang mencecah ratusan ribu.

Bayangkan disebabkan tak mampu menanggung kos rawatan itu ada antara asnaf yang terus menderita sakit.

Jom Bantu Ikhtiar mereka untuk teruskan kehidupan
Fokus sumbangan Tabung Iqbal Khalid Initiative adalah untuk

1. Pesakit yang memerlukan alatan perubatan tertentu yang tinggi kosnya dan sukar untuk dimiliki secara persendirian.

2. Pesakit yang memerlukan bantuan dari segi kos pembedahan, bil hospital, kos rawatan susulan atau ubat-ubatan yang mahal dan perlu diambil secara berterusan.

3. Pesakit yang perlu menjalani khidmat terapi secara berterusan.

Testimoni adik Nailah yang dahulunya tidak boleh mendengar kini boleh mendengar semula

Adik Nailah merupakan anak kecil yang dahulu hilang keupayaan untuk mendengar tetapi hasil sumbangan Tabung Iqbal Khalid, adik Nailah telah menjalani rawatan pembedahan implant koklea

Alhamdulillah kini pendengaran adik Nailah semakin pulih & dia kini sedang menjalani sesi terapi untuk merangsang pendengaran & pertuturannya.

Bagaimana Tabung ini berfungsi?

Hasil sumbangan untuk tabung ini akan kami untuk membekalkan rawatan hospital yang diperlukan oleh 5 orang pesakit baru setiap bulan.

Bayangkan dalam setahun, tuan/puan mampu membantu 60 pesakit.

Mungkin selepas ini mereka dapat sihat, mendengar atau melihat semula hasil sumbangan anda!

Bagaimana untuk Menyumbang?

Tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan yang sesuai dengan kemampuan tuan/puan, setiap satu sumbangan cukup besar nilainya di sisi Allah SWT.

✅ Pakej Dermawan : RM 1000 

✅ Pakej Sinaran : RM 500 

✅ Pakej Cahaya : RM 25

✅ Pakej Mampu : RM 100

✅ Pakej Terima Kasih : RM 30 

Semoga dengan sumbangan tuan puan walau sedikit dapat membantu memberi manfaat dan masa depan pada orang lain juga seperti Adik Nailah dan yang memerlukannya

Dari Abu Hurairah R.A beliau berkata  bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Maksudnya : Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia & akhirat

 

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!