Yayasan Maghfirah

Infaq Subuh

WAKTU SUBUH WAKTU TERBAIK UNTUK BERINFAQ, SEGERAKAN AMALAN BAIK DI PERMULAAN HARI!

 

Begitu banyak kebaikan dalam setiap infaq. Sayangnya jika kita tidak mengambil peluang untuk berbakti kepada masyarakat.
Mungkin sebahagian daripada kita menganggap infaq ini benda yang remeh. Tetapi tidak ramai yang berusaha untuk mengetahui kebaikan di sebalik infaq yang kita berikan!

 

Antaranya, berinfaq sewaktu subuh adalah amalan yang terbaik – dua malaikat mendoakan kita sama ada baik atau buruk:
“Tiada sehari pun sekalian hamba memasuki suatu pagi, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari malaikat berkata, “Ya Allah, berikanlah rezeki kepada orang yang menafkahkan hartanya”. Sementara yang lain berkata, “Ya Allah, kurangkanlah dari yang dimiliki orang yang menahan hartanya”. (HR Bukhari & Muslim).
Sesuai dengan matlamat membudayakan pembacaan al-Quran dan mengagihkan kepada golongan sasaran, Yayasan Maghfirah ingin membantu:
i) Anak-anak yatim
ii) Pusat tahfiz & pusat komuniti
iii) Rumah kebajikan & perlindungan
iv) Mereka yang benar-benar memerlukan.
Kempen ini berhasrat mencapai sasaran 200 naskhah al-Quran sebulan!
Hasil infaq tuan/puan dapat membantu kami memberi lebih banyak kepada yang memerlukan!
Bayangkan bila kita meninggal dunia pun, pahala infaq akan terus-terusan mengalir!

 

Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan apa-apa sahaja yang kamu infakkan, Allah SWT akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. (Surah al-Saba’:39)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *