Yayasan Maghfirah

Harta Tidak Akan Berkurang Kerana Sedekah

Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.

 

Sebanyak mana pun harta yang kita ada, masih ada hak orang lain. Sebab itulah, Islam menggalakkan umatnya saling berkongsi rezeki, antaranya dengan bersedekah.

 

Mengapa masih ada di antara kita berkira-kira untuk bersedekah? Berapa ramai yang begitu takut jatuh miskin hanya sebab bersedekah?

 

Agama kita tidak pernah menyuruh bersedekah semua harta yang kita ada. Setakat yang termampu. Biarlah sumbangan atau sedekah kita kepada mereka yang memerlukan hanya sedikit. Allah SWT mengetahui setiap kebaikan yang kita lakukan, walaupun kecil. Maka, Allah SWT berjanji akan melapangkan rezeki mereka yang bersedekah.

 

Mulakan pagi kita dengan bersedekah! Beri sedikit, ganjarannya besar. Insyaallah, janji Allah SWT itu pasti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *