logoYM2022_melintang.png

GURU WAJIB MENJADI SURI TAULADAN PELAJAR SAQ

Alhamdulillah program TOT GURU SAQ SIRI-3 2023 berjaya dilaksanakan pada 15 Julai (Sabtu) yang bertempat di Pusat Latihan Dakwah Yayasan Maghfirah, Lenggeng Negeri Sembilan.

Penceramah jemputan yang berpengalaman dalam memberikan perkongsian berkaitan ilmu Tajwid iaitu Ustaz Zubair penulis buku Kuasai Tajwid 6 Jam. telah dijemput untuk memberikan latihan dan kursus intensif kepada guru-guru SAQ dengan tajuk perkongsian iaitu “Pemantapan Tajwid” yang dihadiri seramai 24 orang guru SAQ dari pelbagai cawangan untuk membantu mengukuhkan ilmu tajwid yang guru-guru miliki.

Selain itu, Ustazah Anis penyelidik Majlis Ulama Isma (MUIS) juga dijemput untuk menyampaikan kefahaman Islam yang bertajuk Realiti Umat Harini kepada guru-guru agar guru-guru sedar bahawa umat kini sedang tenat dengan keruntuhan moral yang begitu menyedihkan, diharapkan dengan kesedaran yang diberikan ini dapat membentuk semula akhlak mulia dalam diri guru-guru yang seterusnya akan menjadi role model kepada adik-adik SAQ yang mereka didik di dalam kelas.

Diharapkan ilmu teori dan praktikal yang mereka perolehi melalui Program Trainning Of Trainer (TOT) dapat menjadikan mereka seorang guru yang berwibawa dan cukup mapan untuk menjadi pendidik yang baik kepada adik-adik SAQ.

Bantu Kami Dalam Memastikan Kelas Mengaji Asnaf dapat terus dilaksanakan

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial