Yayasan Maghfirah

FantaSains Secara Online – Kelas Sains Asnaf Percuma

27 Februari 2021 (SABTU) – Program Fantasains yang dikendalikan oleh AJAR dengan kerjasama Yayasan Maghfirah berjalan dengan lancar pada Sabtu yang lalu.

 

Modul Fantasains:
1)Belon dan serbuk misteri
2)Cerita Sains
3)Kuiz bersama Peah
4)Kapilari Pelangi

 

Hasil modul yang dipelajari pada hari ini, adik-adik dapat mengetahui bahan di rumah boleh buat eksperimen yang sangat menarik.

 

Wah menariknya! Bila campur larutan air yang berwarna warni. Hasilnya akan dapat warna yang berbeza. SubhanaAllah hebatnya ciptaan Tuhan.

 

“Ia biarkan air dan laut( yang masin dan yang tawar) mengalir sedang keduanya pula bertemu”.( Ar-Rahman 55:19)

 

Mereka juga dapat memahami konsep alam sains di dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah.
Atas keprihatinan, Yayasan Maghfirah dan AJAR bekerjasama merealisasikan impian anak-anak ini dalam kempen FantaSains.

 

Ayuh berikan peluang mereka merasai pembelajaran ilmu sains yang sangat menyeronokkan.
Jom bersama kami menyumbang seikhlas dan semampu mungkin untuk mereka menghadiri kelas sains percuma ini lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *