Yayasan Maghfirah

Essential Kit

Memorendum Persefahaman Bersama Aliy Property

8 Januari 2021 (JUMAAT) – Alhamdulillah,  Yayasan Maghfirah bersama Aliy Property telah menandatangani memorandum persefahaman bagi empat kempen yang dijalankan bersama.   Kerjasama ini melibatkan pengumpulan dana secara bersama bagi meningkatkan jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui kempen Essential Kit, Bantuan Barangan Sekolah, Solidariti Bersama Frontliners 3.0 dan Tabung Makanan Asnaf. …

Memorendum Persefahaman Bersama Aliy Property Read More »

Penghargaan Kerjasama

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Ts Chm Dr Abd Hafidz Yusoff kerana sudi bekerjasama dengan Yayasan Maghfirah dalam menjayakan Projek Perundingan Penghasilan Cecair Pensanitasi Berasaskan Alkohol bagi menghadapi pandemik Covid-19 yang melanda negara Malaysia. Semoga kerjasama ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat.

Penyerahan 500 Botol Cecair Pensanitasi Tangan Dari Pihak UMK

26 Dis 2020 (SABTU) – Cyberjaya, Simbolik serahan 500 botol cecair pensanitasi tangan daripada pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada Yayasan Maghfirah. UMK mempunyai kepakaran dan fasiliti yang lengkap dalam menghasilkan pensanitasi tangan berpandukan kepada formulasi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Oleh itu, UMK telah dipilih oleh Yayasan Maghfirah bagi membantu menghasilkan pensanitasi …

Penyerahan 500 Botol Cecair Pensanitasi Tangan Dari Pihak UMK Read More »

Agihan Essential Kit Buat Mangsa Banjir Terengganu

130 PEK ESSENTIAL KIT BERJAYA DIAGIH KEPADA MANGSA BANJIR DI TERENGGANU   Sejak pandemik, pemakaian pelitup muka dan pembasmi kuman menjadi kewajipan! Sebagai langkah pencegahan, setiap daripada kita memerlukannya. Akan tetapi, tidak semua berupaya mendapatkannya untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga. Ketika kes semakin meningkat, saudara kita di Terengganu terkesan dengan banjir. Dalam masa yang …

Agihan Essential Kit Buat Mangsa Banjir Terengganu Read More »

Bantuan Telah Diterima Di Hospital Labuan

2500 UNIT KN95 & FACE SHIELD SELAMAT DITERIMA HOSPITAL LABUAN, BANTU PERJUANGAN FRONTLINERS DI SABAH! Negara kita telah mencapai gelombang ke-4. Gelombang ini menyaksikan peningkatan mendadak beberapa kawasan khususnya Labuan. Sudah tentu, pihak hospital memerlukan bantuan peralatan untuk menangani jumlah pesakit di luar kawalan. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT, bantuan peralatan ini telah pun …

Bantuan Telah Diterima Di Hospital Labuan Read More »

5000 Bantuan Essential Kits Diserahkan Kepada Frontliners Di Sabah

SEBAHAGIAN DARIPADA 5000 BANTUAN ESSENTIAL KIT UNTUK FRONTLINERS DI SABAH. SELAMAT BERJUANG!!! Alhamdulillah melalui kolaborasi kempen Solidariti Bersama Frontliners 2.0 & juga Essential Kit. Kami telah mengagihkan sebahagian daripada 5000 bantuan Essential Kit kepada para frontliners yang berada di Sabah. BAGAIMANA SUMBANGAN DIAGIHKAN: Kami telah mengagihkannya kepada para petugas dan anggota keselamatan di setiap pos …

5000 Bantuan Essential Kits Diserahkan Kepada Frontliners Di Sabah Read More »

Sumbangan Khas Pandemik Covid-19

“Dibuang kerja” “Meniaga cuaca tidak menentu” Antara luahan penduduk di sana.. Sedihnya bila dengar keadaan mereka akibat pandemik yang semakin menular. Walau bagaimanapun, mereka tak putus asa untuk mencari pendapatan demi menyara kehidupan. Yelah, jika tidak kerja bagaimana anak isteri mahu makan. Duit untuk membeli makanan pun sudah tidak cukup apatah lagi ingin membeli face …

Sumbangan Khas Pandemik Covid-19 Read More »

Kakitangan Penjara Reman, Penang Terima Bantuan 300 Essential Kit

11/11/2020 (RABU) – Yayasan Maghfirah dengan kerjasama I-Medik sekali lagi berjaya mengagihkan bantuan Essential Kit kali ini kepada pihak Penjara Reman Penang. Penjara Reman Penang adalah salah satu kawasan yang dikenakan PKPD yang ketat. Sudah tentu kakitangan penjara dan pihak keselamatan yang bertugas di situ menerima risiko yang tinggi untuk dijangkiti Covid-19. Di atas permintaan, …

Kakitangan Penjara Reman, Penang Terima Bantuan 300 Essential Kit Read More »

Agihan Essential Kit Kepada Keluarga Terkesan Di Rawang

19/10/2020 (ISNIN)- Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan Essential Kit kepada sebuah keluarga di Rawang, Selangor yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan 4 orang anak yang masih kecil. Agihan ini terdiri daripada 4 set kotak pelitup muka kanak-kanak dan 1 set kotak pelitup muka dewasa. ‘Syukur’, kata penerima apabila sumbangan ini mampu membantu untuk …

Agihan Essential Kit Kepada Keluarga Terkesan Di Rawang Read More »

Edaran Essential Kit di Apartment Jinjang Baru, Kepong

20/9/2020 (AHAD) – Yayasan Maghfirah telah mengedarkan hampir 200 Essential Kit kepada penduduk di Apartmen Jinjang Baru, Kepong. Lebih 50 keluarga yang telah menerima sumbangan berupa kit tersebut. Rata-rata penerima berterima kasih dan melahirkan rasa syukur kerana sekurang-kurangnya dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka sekaligus membantu dalam mencegah penularan wabak covid-19. Teruskan …

Edaran Essential Kit di Apartment Jinjang Baru, Kepong Read More »