Yayasan Maghfirah

Bersihkan Harta, Tambah Keberkatan Dalam Rezeki

Nikmat yang kita kecapi setiap pagi bermula dari bangun tidur harus kita syukuri.

 

Betapa beruntungnya kita di saat orang lain tidak mendapat kecukupan seperti yang kita rasa!
Niatkan dalam hati kita untuk seboleh-bolehnya menginfaqkan harta untuk membantu orang lain dalam kesusahan.
Mungkin kita tak punya harta yang banyak!

 

Namun, cukuplah sekadar wang tunai yang kita niatkan sebagai infaq untuk membersihkan harta kita.
Untuk apa harta kita perlu dibersihkan?
Dalam harta kita, rezeki kita ada hak orang lain yang belum tertunai. Alangkah bahagianya hidup kita sesingkat ini jika kita mampu berkongsi dengan yang lain.

 

Dengan itu, Yayasan Maghfirah ingin mengajak tuan/puan menghulurkan sumbangan atas niat infaq dalam kempen Projek Cahaya.
Infaq anda membantu masyarakat mendapatkan bekalan elektrik untuk pusat komuniti penduduk di Kaiboton, Sabah.
Kebajikan mereka bergantung kepada usaha kita!

 

Ayuh bersama mencapai matlamat dengan berinfaq,sesungguhnya kebaikan infaq salah satunya menambahkan rezeki:
“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik”. (Surah Saba’, ayat 34)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *