Yayasan Maghfirah

Atasi Kemiskinan, Kerajaan & NGO Bijak Main Peranan Bantu Masyarakat

Bagaimana mampu membayangkan hidup apabila diberhentikan kerja?
Anak-anak harus makan apa esok dan esok lagi?
Perit dan sakit ini tidak tertanggung oleh ketua keluarga. Ada anak kecil yang diberikan bancuhan susu pekat untuk menggantikan susu tepung! Hendak beli susu sahaja pun mereka tidak mampu.
Ada yang menghilangkan lapar dengan makan pucuk ubi kayu yang ditanam. Jelas, wabak menjejaskan semua, terutama sumber pendapatan. Demi membina masa depan, masyarakat memerlukan semangat dan pertolongan untuk terus bangkit.
Mujur ada kerajaan yang sudi menghulurkan pertolongan. Di Kelantan, pakej bantuan rakyat diperuntukan sebanyak RM1.8 juta merangkumi keperluan asas, insentif tunai peniaga dan penjaja kecil.
Namun, bantuan ini tidak dapat membantu masyarakat seluruhnya. Jadi, bukan kerajaan sahaja perlu bertindak, tetapi NGO juga perlu bekerjasama membangunkan kembali kehidupan masyarakat yang terjejas akibat pandemik.
Besar harapan #KitaBantu agar lebih ramai dapat menyumbang dalam usaha memperkasakan masyarakat. Ayuh bersama kami realisasikan impian masyarakat!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *