Yayasan Maghfirah

AGIHAN BANTUAN SOLIDARITI BERSAMA FRONTLINERS 3.0 DI HOSPITAL QUEEN ELIZABETH 1, SABAH.

Alhamdulillah pada 20 Oktober 2020, Selasa – Yayasan Maghfirah telah menyerahkan 2 unit Powered Air Purifying Respirator (PAPR) kepada pihak Hospital Queen Elizabeth 1, Sabah.

Unit PAPR ini disumbangkan untuk kegunaan doktor yang merawat pesakit Covid-19 di wad ICU hospital berkenaan.

Unit PAPR itu dibeli oleh Yayasan Maghfirah melalui hasil sumbangan dana Kempen Solidariti Bersama Frontliners 3.0 yang berharga RM 15,600.

Kami mengajak tuan/puan untuk terus menghulurkan sumbangan untuk Kempen Solidariti Bersama Frontliners 3.0 agar kami dapat membekalkan lebih banyak peralatan kesihatan kepada lebih ramai pasukan pejuang barisan hadapan yang memerlukan.

Semoga sumbangan dapat memutuskan rantaian covid 19 ini dengan segera

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *