Yayasan Maghfirah

Adab Dan Akhlak Ibarat Pokok Yang Teguh Berdiri

Seseorang manusia lebih mudah dikenali kerana adab dan akhlaknya. Baiknya akhlak, terpancar menerusi adab dengan orang lain. oleh itu, adab dan akhlak diibaratkan pokok yang teguh berdiri. Kuatnya seseorang kerana asas dalam diri, iaitu didikan.

Namun, mengapa orang lebih memilih untuk terkenal ibarat bayang-bayang pokok?

Kita lebih suka menjadi terkenal dan dihormati oleh orang lain. Mungkin kerana nama yang kita ada. Atau harta yang kita miliki. Bayang-bayang dari pokok akan hilang apabila matahari tidak ada.

Kehebatan seseorang tidak diukur melalui pendidikannya yang semakin tinggi atau wang yang dihabiskan beribu-ribu tetapi..

Melalui bagaimana pendidikan mampu membentuk adab dan akhlak dalam diri mereka untuk menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *