Yayasan Maghfirah

Kemaskini Infaq Perigi Kemboja

#UPDATE INFAQ PERIGI KEMBOJA 2020
Alhamdulillah, perigi no 19, 20, dan 21 telah berjaya dibina
.
Yayasan Maghfirah mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga encik Shamson Nahar Mohd Sidin & keluarga Puan Marhamah Bte Mohd Yunos kerana sudi berinfaq untuk membina perigi-perigi ini
.
Sudah lama masyarakat Muslim di daerah Pursat, Kemboja menginginkan perigi ini. Bayangkan dek kerana kedaifan & ketandusan sumber air bersih adakalanya mereka terpaksa mengambil air lopak yang turut diminum oleh haiwan ternakan sebagai bekalan air minum dan untuk melakukan aktiviti harian.
.
InshaAllah selagi perigi ini terus digunakan selagi itulah pahala akan terus mengalir kepada Tuan dan keluarga.
.
.
Rasulullah SAW
“Ada tujuh hal yang pahalanya akan tetap mengalir bagi seorang hamba padahal dia sudah terbaring dalam kuburnya setelah ia meninggal dunia (salah satunya) orang yang menggali sumur.”
(HR. Bazzar).
Mahu terlibat sama meraih saham pahala untuk diri dan keluarga dengan membina perigi bagi saudara-saudara Muslim kita di sana?
.
Ayuh berinfaq dan tempah penama sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *