Yayasan Maghfirah

40 tangki statik dihantar ke Temerloh dan Bera

10 Januari 2020 (AHAD) – Alhamdulillah & terima kasih atas jasa para penyumbang. Sebanyak 40 tangki statik akan dihantar ke Temerloh & Bera untuk membantu menyalurkan air bersih kepada penduduk yang terjejas banjir.

 

Ekoran bekalan air terputus di kawasan-kawasan banjir. Kini bantuan bekalan air bersih merupakan salah satu inisiatif terbesar dalam Misi Bantuan Mangsa Banjir.

 

Kami mendapat kerjasama rasmi dengan pihak Pengurus Air Pahang (PAIP) selaku pengurus agihan air ke kawasan PPS dan penempatan penduduk.

 

Kami mengajak Tuan/Puan untuk terus menyumbang kerana bantuan yang kami salurkan hasil sumbangan anda merangkumi pelbagai aspek daripada bekalan air bersih, bantuan barangan asas, makanan, bantuan tenaga & peralatan untuk membersihkan rumah, dan banyak lagi.

 

Semoga amal yang tuan/puan lakukan akan diberkati dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin YRA.
#MisiBantuanMangsaBanjir

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *