Yayasan Maghfirah

30 Hari Sambut Ramadan, raikan Kemenangan

1 Syawal merupakan hari umat Islam bergembira kerana berjaya menghidupkan Ramadan meskipun dalam kesederhanaan.

Tiba masanya untuk meraikan kemenangan kita berlapar dahaga selama 30 hari semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

“Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya”. (Riwayat Muslim)

Makna Aidilfitri lebih besar dari segala-galanya. Dan Ramadan yang berlalu mengajar kita bagaimana kita mampu menundukkan nafsu dan mengejar pahala dalam bulan mulia ini.

Malah, amalan-amalan yang kita lakukan dalam bulan puasa itu dapat kita kekalkan dalam bulan-bulan yang akan datang. Insyaallah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *