Bagaimana hendak mendidik anak supaya menjaga solat?

Bagaimana hendak mendidik anak supaya menjaga solat?

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadith, maksudnya: “Hendaklah kamu menyuruh anak-anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun”. (Riwayat Abu Daud)

Antara asas penting dalam mendidik anak ialah solat. Apabila baik solat seseorang itu, nescaya urusan lainnya akan baik. Terdapat beberapa panduan untuk membudayakan solat dalam jiwa anak-anak antaranya:

1. Mengajar anak cara berwuduk dengan betul.
2. Mengajar anak cara solat dengan betul.
3. Membawa anak-anak berjemaah ke masjid.
4. Solat bersama-sama keluarga ketika berada di rumah.
5. Melakukan solat ketika bermusafir seperti semasa di hentian rehat. Anak-anak akan merasakan kepentingan solat.
6. Berdoa. Selalu mendoakan agar anak-anak tetap menjaga solatnya walaupun berjauhan daripada perhatian keluarga.

Moga bermanfaat

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *