Setiap harta kekayaan dan nikmat itu akan ditanyakan…

Setiap harta kekayaan dan nikmat itu akan ditanyakan. Bermegah megah dan terkejar kejar harta dunia itu melalaikan.

“Dunia ini celaka, kerana tiap (amal) halal akan dihisab, sementara yang (amal) haram akan diazab”
(Ali bin Abu Thalib)

Kemudian, kita menyangka bahawa miskin itu hukuman dan Allah murka, manakala kaya itu tanda berjaya dan Allah redha.

Sedangkan Nabi SAW khuatirkan umatnya yang terkena fitnah harta. Wajarkah kekhuatiran Nabi SAW menjadi puncak cita cita?

Abdurrahman b Auf menangis cemburu saat wafatnya Mus’ab b Umair dalam kedaifan sedangkan kita menangis hiba kerana tidak sekaya Abdurrahman b Auf.

Kasihan andai kita hanya taat padaNya bila dijanjikan harta dan kekayaan dan kufur saat tidak mendapat apa apa.

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

وَمَا هَٰذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ ۚ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.
[Al-‘Ankabût/29: 64]

Allâh Azza wa Jalla berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ

Wahai manusia! Sungguh, janji Allâh itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (setan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allâh. [Fâthir/35:5]

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
,
أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُوْنَةٌ مَلْعُوْنٌ مَا فِـيْهَا إِلَّا ذِكْرُ اللهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِـمٌ أَوْ مُـتَـعَلِّـمٌ

Ketahuilah, sesungguhnya dunia itu dilaknat dan dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikir kepada Allâh dan ketaatan kepada-Nya, orang berilmu, atau orang yang mempelajari ilmu.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *