Amalkan 4 Perkara ini di Rumah untuk Mendidik Anak Lebih Berkesan

AMALKAN 4 PERKARA INI DI RUMAH UNTUK MENDIDIK ANAK LEBIH BERKESAN

1) Dakwah

Didik anak2 kita bercakap tentang dakwah. Semua nabi di hantar untuk kerja dakwah, sekarang zaman dimana tiada lagi nabi dihantar untuk buat kerja dakwah. Namun kerja dakwah perlu di teruskan, tidak terhenti pada zaman nabi sahaja. Untuk datangkan kebaikan dalam diri kita dan anak2, wujudkan suasana dakwah, jadikan setiap kita DA’I. Salah satu dakwah adalah ajak anak2 solat di awal waktu, ajak mereka ke masjid. Ajar anak bercakap perkara-perkara kebaikan. Ajar anak kita untuk dakwah sesama mereka, bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah SWT.

2) Belajar dan Mengajar

Setiap hari ajar anak ilmu agama, baca hadith secara berterusan dalam rumah. Tutup tv & telefon. Ayah wajib menuntut ilmu agama. Ilmu untuk betulkan solat, ilmu tauhid, ilmu fiqh. Apa yang kita dengar dan belajar di masjid, bawa balik ke rumah, ajar anak2 apa yang kita belajar di masjid. Ayah wajib ajar anak isteri solat dengan betul. Luangkan masa untuk ajar dan lihat anak solat dengan betul (Rukun dalam solat).

3) Ibadat

Terapkan dalam diri kita dan anak2 perbanyakkan ibadat. Perbanyakkan ZIKIR, perbanyakkan SELAWAT. Bagi masa setiap hari untuk baca Al quran. Jika tak mampu untuk baca Al quran, pegang al quran cium, insyallah lepas cium akan rasa nak baca al quran. Perbanyakan solat2 sunat. Dengan berbanyakkan solat sunat, akan mudah untuk datangkan khusyuk dalam solat fadhu.

4. Khidmat.

Didik diri kita dan anak untuk khidmat kepada diri. Tunaikan hak diri kita. MENCEGAH diri dari penyakit , jaga pemakanan, jaga kebersihan diri, memakai pakaian yang kemas, bersih dan cantik. Kadang2 kita lupa untuk khidmat kepada diri sendiri. Hari2 nasihat orang jaga pemakanan yang sihat, sedangkan kita sendiri tidak jaga.

Jika 4 perkara ini wujud di dalam rumah kita, insyallah kemana anak2 pergi 4 perkara ini akan sebati dengan mereka. Tidak susah untuk hidupkan agama dalam diri setiap anak kita. Wujudkan terlebih dahulu suasana agama di dalam rumah, Allah SWT akan jaga mereka di mana sahaja mereka berada.

Moga bermanfaat.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *