Wakaf Surau Pedalaman Sabah

1. MASJID & surau merupakan syiar Islam yang amat penting. Ia umpama jantung yang memberi denyutan nadi kehidupan umat Islam. Kepentingan masjid ini terserlah melalui peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah di mana perkara pertama yang menjadi agenda besar baginda ialah membina masjid di Quba’ di Madinah. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa mendirikan sebuah masjid dengan mengharapkan keredaan Allah SWT nescaya didirikan baginya sebuah rumah di dalam syurga,” – Riwayat Bukhari

2. Begitu juga dengan kehidupan masyarakat pedalaman di Kampung Kaiboton Sugut yang terletak kira-kira tiga jam daripada Sandakan. Islam tumbuh mekar di kampung ini dan majoriti penduduknya adalah mualaf walaupun tiada kemudahan serta fasiliti untuk beribadah. Masyarakat di sini amat memerlukan surau untuk dijadikan pusat ibadah, bersosial dan menuntut ilmu. Hasil pemerhatian wakil kami yang berada di sana, ketiadaan masjid dan surau melambatkan gerak kerja dakwah dan penyampaian ilmu agama.

3. Tambahan pula buat masa ini para pendakwah disana menumpang dewan setempat untuk beraktiviti dimana mereka perlu bergilir-gilir menggunakan kemudahan tersebut dengan penganut agama lain. Tetapi dengan izin Allah, ada penduduk kampung yang terpanggil dan telah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid namun kami kekurangan dana untuk memulakan pembinaan.

4. Justeru kami di Yayasan Maghfirah (PPAB/2018-04) dan Pemuda ISMA Sandakan mengalu-alukan sumbangan dari tuan dan puan untuk pembinaan Surau di Kampung Kaiboton Sugut. Surau ini juga akan dijadikan pusat dakwah setempat di mana aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan turut dijalankan di sini. Jangan lepaskan saham akhirat ini.

1 Lot Wakaf: RM50.00

Sumbangan boleh disalurkan kepada:
CIMB Islamic Yayasan Maghfirah
8603221427

atau melalui pautan:
https://www.billplz.com/WakafBinaMasjid

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pejabat: 03-8740 1193
Whatsapp/telegram: 0193694493
(https://bit.ly/2vdnNTe)

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *