Maahad Imtiyaz Rasmi Sekolah Angkat Yayasan Maghfirah

Alhamdulillah, pada Khamis, 27 Feb 2019, secara rasminya Maahad Imtiyaz telah menjadi Sekolah Angkat di bawah Yayasan Maghfirah di dalam sebuah majlis ringkas menandatangani MoU. Yayasan Maghfirah diwakili oleh Pengerusi, Tuan Hj Mohd Sahrularifin bin Ab Manan dan Maahad Imtiyaz diwakili oleh Pengetua Tuan Rosidi Shahari.

Yayasan Maghfirah melalui program Sekolah Angkat akan membantu Maahad Imtiyaz dari segi pendanaan dan juga program program latihan bagi guru guru dan murid murid di dalam rangka menjadikan Maahad Imtiyaz memenuhi aspirasi sekolah.

Sehingga kini, dalam tempoh setahun, sekitar RM 60,000 telah disalurkan Yayasan Maghfirah ke Maahad Imtiyaz bagi melicinkan perjalanan operasi Maahad terutama kebajikan guru guru dan kakitangan sekolah.

Maahad Imtiyaz sehingga kini telah melahirkan 28 orang hafiz dengan 1 orang memiliki syahadah hafazan. Maahad Imtiyaz juga diangkat Maahad terbaik peringkat negeri Perak dan juga SPM terbaik bagi Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak.

Bagi tuan puan sahabat yang budiman, jika mahu turut sama berkongsi pahala menyumbang kepada program Sekolah Angkat Yayasan Maghfirah, boleh berbuat demikian di akaun berikut:

CIMB
Yayasan Maghfirah
8603221427
Ref : Sekolah Angkat

Untuk sebarang pertanyaan, boleh emel ke yayasanmaghfirah@gmail.com atau hubungi pejabat 03-8740 1193.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *