Pendidikan Asas Perubahan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah telah bermula Projek Dakwah – Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) di PPR Pantai Dalam Kuala Lumpur secara PERCUMA.

Umum mengetahui, masalah dalam masyarakat berlaku kini antara faktor utama penyumbangnya adalah lemah penghayatan dan pengamalan Islam. Disamping masyarakat disaji oleh hiburan-hiburan yang sangat melalaikan dan melemahkan jiwa dan rawa.

Pembinaan dan pembentukan Individu Muslim yang baik dan betul merupakan jalan yang harus diperhebat. Membina kembali kefahaman Islam bermula dari awal sehingga kefahaman Islam yang syumul dan menepati Al- Quran dan As-Sunnah.

Justeru, penganjuran Kelas SAQ ini adalah antara usaha dan langkah awal untuk melahirkan generasi hebat yang akan mewarisi usaha dakwah yang berterusan.

Allah swt berfirman yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [surah Muhammad: 7]

Alhamdulillah, Yayasan Maghfirah dengan kerjasama ISMA Kuala Lumpur dan Penduduk PPR Pantai Dalam dapat melaksanakan Kelas SAQ ini.

Semoga usaha murni ini diberkati dan dipermudahkan Allah swt.

**************************************************************

Sekiranya ada diantara anda yang tinggal di PPR atau berhampiran dengannya dan berminat dengan Projek Kelas SAQ ini, boleh hubungi kami.

Kami juga mengalu-alukan tuan/puan untuk memberi sumbangan ikhlas anda bagi menjaya dan memeriahkan lagi Kelas SAQ ini.

Salurkan sumbangan ikhlas anda melalui:

CIMB YAYASAN MAGHFIRAH

86-0322-1427

sila hubungi:

03-8740 1193 (Pejabat)

“Bersama Melahirkan Generasi Cinta al-Quran”

“Pendidikan Asas Perubahan”

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *