Nailah Abdul Hadi penerima pertama bantuan Tabung Implan Koklea Yayasan Maghfirah selamat menjalani pembedahan pada hujung bulan Mac.
Nailah berusia 2 tahun 7 bulan mengalami masalah pendengaran kronik, di mana kedua-dua belah telinganya tidak dapat mendengar.
Dia sebelum ini disarankan oleh pakar untuk menjalani pembedahan implan koklea.
Ibu kepada Nailah, Husna Zulkurnain mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Maghfirah, Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan para penyumbang kerana membantu mengembalikan pendengaran anaknya untuk membesar seperti kanak-kanak lain.