Quran for All – Wakaf Al-Quran, Iqra & Modul Sahabat al-Quran

Kajian 2% yang berusia 7-17 tahun anak-anak yang tinggal di flat kos rendah tidak bersekolah, kerana kos hidup yang tinggi dan mereka tidak mempunyai suasana pembelajaran yang baik. Menyebabkan mereka tidak merasa kepentingan belajar dan banyak ketinggalan pembelajaran berbanding pelajar lain.

Oleh itu, Yayasan Maghfirah menbuat Program wakaf al-Quran dan Iqra bagi membantu mereka mendapat mendidikan agama seperti membaca al-Quran, Iqra dan kelas Fardhu Ain. Tujuan ini memberikan galakan kepada mereka dalam pembudayaan al-Quran dalam kehidupan harian. Seterusnya Sumbangan ini juga akan dilalukan kepada pusat komuniti, anak-anak yatim dan warga emas bagi mengurangkan beban mereka.

Yayasan Maghfirah menyasarkan wakaf sebanyak 1000 buah al-Quran dan Iqra’ dalam membantu mereka untuk mempelajari al-Quran dan Iqra. Dengan harapan anak-anak generasi muda dapat berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Sasaran wakaf: 1000 buah al-Quran dan Iqra’

Kategori Tajaan:
1 Bahagian: RM70
1 Lot : RM10

Anda boleh menyalurkan sumbangan ikhlas kepada:
CIMB YAYASAN MAGHFIRAH
86-0322-1427
*billplz

Untuk maklumat lanjut atau makluman sumbangan sila hubungi:
03-8740 1193 (Pejabat)