Yayasan Maghfirah

“Terima Kasih Beri Kami Al-Quran”

Mereka yang berinfaq di jalan Allah, InshaAllah, dijanjikan ganjaran yang besar disisi-NYA. FirmanNya:
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, (Surah as-Saff:11)
Pada 11 April 2021, Alhamdulillah, sumbangan infaq Al-Quran telah diserahkan kepada Madrasah Seberang Tuan Chik, Kuala Nerus, Terengganu.
Al-Quran sebanyak 88 naskhah diserahkan kepada pelajar madrasah untuk kegunaan mereka sepanjang pengajian.
Beramal dengan IKHLAS. Dengan menghadiahkan Al Quran BERKUALITI kepada pelajar tahfiz.
Ayuh kita rebut saham wakaf ini supaya pelajar-pelajar Tahfiz seronok mengaji Quran baru.
Sesungguhnya pahala infaq ini akan berterusan mengalir kepada pewakafnya selama mana al-Quran dimanfaatkan.
“Sebaik-baiknya ibadah umatku adalah membaca al-Quran”. (HR al-Baihaqi)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *