siapa kami

Tabung Kelestarian OKU

Penerangan Projek

Aplikasi Al-Quran Isyarat Pertama di Malaysia #1

Al Quran merupakan kitab suci utama yang menjadi rujukan dan panduan bagi setiap umat Islam. Dengan hanya membaca dan memahami isi kandungannya sahaja sudah dapat menenangkan hati dan fikiran.

Namun, lain pula bagi mereka yang kurang upaya daripada segi pendengaran ini kerana pastinya sukar buat mereka untuk menambahbaik bacaan dan mendengar alunan surah-surah. Oleh itu, Aplikasi Quran Isyarat OKU Pendengaran ini dibangunkan bertujuan memberi sinar baru buat mereka yang kelainan upaya.

kini mereka juga berpeluang menghayati Al-Quran!

Membantu komuniti OKU pendengaran di seluruh Malaysia dengan aplikasi yang mudah diakses, menarik dan mudah difahami untuk membaca, menghayati, memahami dan menghafaz al-Quran dalam ibadah seharian.

Kami memfokuskan pemberian kepada beberapa golongan OKU dalam usaha menyantuni para OKU ini.

Antaranya:

  • Golongan OKU Bisu dan Pekak
  • Kanak-Kanak Buta Huruf
  • Masalah Kelewatan Pembangunan Global (GDD)
  • Sawan dan Autisme

Sudikah Tuan/Puan menyumbang buat mereka?

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirat dan salah satunya adalah:

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalan itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

Riwayat al-Bukhari

Gambar Kempen

Senarai Pakej

Bagaimana Tuan/Puan Boleh Berinfaq

 Tuan/ Puan boleh menyalurkan INFAQ dalam bentuk :

  • Infaq Jutawan                                    : RM 1,000
  • Infaq Satu Juzuk                              : RM 500
  • Infaq Lima Surah                              : RM 300
  • Infaq Satu Surah                              : RM 100
  • Infaq Satu Ayat                                 : RM 50

Penyumbang Terkini

Perkembangan Projek

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!