Yayasan Maghfirah

Ziarah Kasih Banjir

Krisis wabak Covid-19 yang belum selesai, kini ditambah dengan ujian banjir yang melanda. Ianya sangat mengesani dan sekaligus menjejaskan pendapatan sesetengah golongan yang terlibat.

Ziarah Kasih Banjir merupakan misi bantuan mangsa banjir yang dianjurkan oleh Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Tabung bantuan ini bertujuan membantu golongan B40, peladang, petani, nelayan dan golongan yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia.

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
[رواه البخاري ومسلم]

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)

Perkembangan Ziarah Kasih Banjir

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram