YM Youth

Yayasan Maghfirah telah banyak menjalankan aktiviti kebajikan bersama mahasiswa di sekitar lembah Klang. Tujuanya adalah untuk membuka peluang kepada mahasiswa untuk turun bersama menyelami realiti hidup masyarakat Malaysia. Oleh itu, YM telah menjalankan kerjasama dengan beberapa kelab di Universiti-universiti awam di sekitar lembah Klang.

Kelab Pembina UKM & UM serta Kelab Pemuda ISMA Jepun di antara persatuan yang sentiasa memberi kerjasama untuk menjalankan program bersama pihak YM.