Yayasan Maghfirah

Waqaf Pembelian Premis PERTIS

Projek Infaq Pembelian Premis merupakan sebuah projek pendanaan khusus untuk Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) bagi membeli sebuah bangunan 4 atau 5 tingkat untuk kegunaan pihak PERTIS.

Projek Infaq Pembelian Premis ini adalah satu inisiatif Yayasan Maghfirah untuk membantu Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia untuk meminimumkan perbelanjaan PERTIS bagi menampung kos sewa yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa serta untuk menambah kecekapan keseluruhan pentadbiran PERTIS apabila berada di bawah satu bumbung. Selain itu, dengan pembelian premis ini juga dapat membantu pihak PERTIS melaksanakan lebih banyak program bagi manfaat ahli kerana mempunyai bangunan yang lebih besar dan tidak lagi perlu menyewa dewan atau kelas di tempat lain untuk melaksanakan program. Dengan pembelian premis ini juga, ia akan meningkatkan imej PERTIS dalam kalangan OKU Penglihatan Islam dan masyarakat.

Buat masa kini, pihak Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) mempunyai 2 buah premis iaitu Pejabat Pentadbiran di Medan Idaman, Gombak dan Unit Penerbitan di Brickfields, Kuala Lumpur. Dengan adanya 2 pejabat ini, pihak PERTIS perlu berbelanja besar untuk menanggung kos sewa bangunan yang meningkat dari semasa ke semasa dan program-program yang memberi manfaat kepada ahli PERTIS tak dapat dilaksanakan dengan kerap dan banyak kerana memerlukan belanja besar untuk menyewa tempat bagi melaksanakan program tersebut. Premis PERTIS yang sedia ada juga kecil dan sempit serta hanya dapat melaksanakan program berskala kecil yang tidak melebihi 20 orang dan pihak PERTIS juga terpaksa menyewa sebuah dewan di bangunan Malaysian Association For Blind untuk kelas Al-Quran bagi ahli PERTIS pada hujung minggu.

Sasaran dana setahun: RM 3.9 Juta
Sasaran dana bulanan: RM 325 000.00
Jumlah dana terkini: tiada

Perkembangan Semasa Waqaf Pembelian Premis PERTIS

Anjuran Bersama

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Jumlah Sumbangan Terkumpul

Jumlah sumbangan yang telah terkumpul mengikut teras – teras pertubuhan Yayasan Maghfirah.

RM 0 +
Teras Dakwah
RM 0 +
Teras Pendidikan
RM 0 +
Teras Kebajikan

Bagaimana untuk bersama

Yayasan Maghfirah

dalam membantu menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Sila buat pilihan yang sesuai dengan anda sekarang

Sumbangan Sekali (one-off)

Derma secara one off untuk kempen-kempen yang sedang kami jalankan.

Sumbangan Berkala (recurring)

Derma secara automatic(bulanan) untuk kempen yang sedang kami jalankan. Kami menerima visa & Mastercard

Daftar Sebagai Sukarelawan

Mari bersama pasukan Yayasan Maghfirah untuk menyumbang kepada masyarakat. Daftar sebagai sukarelawan kami di sini

Agensi & Badan Korporat

Kami terbuka untuk berbincangan sebarang Kerjasama dengan anda.

Hubungi Kami

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan