Yayasan Maghfirah


Terapi Anak Istimewa

Memastikan anak-anak istimewa dari kalangan keluarga kurang berkemampuan untuk mendapat terapi bagi pemulihan yang sebaiknya. Melalui Bantuan Terapi Anak Istimewa ini, tuan/puan akan membantu untuk membiayai kos rawatan anak-anak istimewa dari kalangan asnaf.

No Akaun Rasmi Yayasan Maghfirah: CIMB: 8603221427

Sila Letakkan rujukan : Terapi Anak Istimewa

Jenis Sumbangan :

Mereka juga mahu melakukan aktiviti harian seperti kita.

terapi anak istimewa

Tahukah anda, terdapat ramai anak-anak istimewa tidak dapat menjalani terapi secara konsisten dengan kekerapan yang sepatutnya?

Ya benar, kanak-kanak istimewa seperti autisme, down syndrome, global developmental delay, ADHD dan lain-lain ini perlu menjalani terapi berkala secara konsisten, kerana dengan latihan dan pengulangan, ia mampu membolehkan mereka memiliki kebolehan atau kemahiran asas seperti kemahiran untuk berjalan, bertutur, makan dan minum tanpa bantuan dan lain-lain, yang boleh digunakan dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.

Namun, terapi yang ditawarkan di hospital-hospital am tidak mampu menampung pesakit yang terlalu ramai dengan tenaga kerja berkemahiran yang terhad. Maka kekerapan terapi yang disediakan tidak mencukupi.

Alternatif yang ada adalah menjalani terapi di pusat-pusat terapi swasta yang sudah pasti memerlukan belanja yang lebih besar.

Hal ini kurang mendapat perhatian di Malaysia walhal anak-anak ini juga boleh dilatih supaya akhirnya dapat melakukan aktiviti seharian dengan lebih baik.


Sasaran Untuk Terapi Anak Istimewa ini adalah

RM 500,000!

Justeru, Yayasan Maghfirah merasa prihatin terhadap isu ini untuk memastikan anak-anak istimewa dari kalangan keluarga kurang berkemampuan untuk mendapat terapi bagi pemulihan yang sebaiknya.

Melalui Bantuan Terapi Anak Istimewa ini, tuan/puan akan membantu untuk membiayai kos rawatan anak-anak istimewa dari kalangan asnaf.

Jom kita bantu anak-anak istimewa untuk dapatkan rawatan kerana mereka juga berhak untuk melakukan aktiviti kebiasaan seperti anak-anak lain.

Pakej sumbangan :

PAKEJ DERMAWAN : RM 1000 KE ATAS

PAKEJ KASIH SAYANG : RM 500 KE ATAS

PAKEJ PRIHATIN : RM 100 KE ATAS

PAKEJ CAKNA : RM 50.00

Sumbangan Anda Amat Bermakna Buat Mereka

Anjuran

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram