Yayasan Maghfirah

SAQ OKU Penglihatan

Kelas pengajian untuk mempelajari Al-Quran Braille ini merupakan satu inisiatif yang dianjurkan oleh Yayasan Maghfirah bagi membantu OKU Penglihatan untuk membaca dan mempelajari Quran Braille.

Projek ini menyasarkan untuk menyediakan 10 kelas pengajian  Sahabat Al-Quran (SAQ) OKU Penglihatan yang akan dikendalikan oleh guru yang mahir dalam Quran Braille dari PERTIS.

Selain mendapat ilmu dan memahami Quran Braille, kelas ini juga akan membuka peluang pekerjaan bagi OKU Penglihatan yang mahir membaca dan mengajar Quran Braille. Dengan adanya projek SAQ OKU Penglihatan ini, diharap dapat menyediakan solusi bagi OKU Penglihatan untuk menghayati Al-Quran serta melahirkan golongan OKU Penglihatan muslim yang cekap membaca Al-Quran Braille dan mampu mengajarkannya.

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
(رواه البخاري ومسلم)
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW; Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)

Perkembangan SAQ OKU Penglihatan

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram