
Sahabat Al-Quran (SAQ)
Sahabat Al-Quran (SAQ) ialah sebuah program pendidikan bermodul yang memfokuskan pengajian Al-Quran dan fardhu ain khusus untuk anak-anak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Kos Rendah. SAQ ini bertujuan memberikan pengajian dan pelajaran al-Quran secara teratur kepada pelajar sekaligus membina akhlak, rohani dan intelektual pelajar agar selari dengan ajaran Islam.
SAQ bukan sahaja menekankan pendidikan al-Quran dari sudut bacaan dan tajwid, tetapi turut memberi kefahaman mengenai isi al-Quran, praktikal fardhu ain dan kefahaman Islam agar dapat dipraktikkan serta diterjemahkan kepada akhlak dan adab pelajar.
Perkataan “Sahabat Al-Quran” dipilih dan digunakan adalah bertujuan membudayakan masyarakat untuk menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dan teman setia di dalam kehidupan tidak kira walau di mana berada. Hal ini selari dengan sabda, Rasulullah:
“Bacalah oleh kalian Alquran. Kerana ia (al-Quran) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa’at bagi orang-orang yang rajin membacanya.” [HR. Muslim 804]
Jenis Sumbangan :
Sasaran bilangan pelajar SAQ dalam masa satu tahun: 1,000 orang
Bilangan pelajar terkini: 200 orang
Sasaran dana setahun: RM 850,000
Sasaran dana bulanan: RM 8,000
Jumlah dana terkini: Dalam proses kemaskini
Pakej tajaan:
1 pelajar SAQ: RM 50
5 pelajar SAQ: RM 250
1 pelajar SAQ + Wakaf Iqra: RM 70
1 pelajar SAQ + Wakaf Quran: RM 100
1 lot sumbangan: RM 50 atau seikhlas hati
Perkembangan Semasa Sahabat Al-Quran (SAQ)
Anjuran

Dengan Kerjasama

Bantu kami Viralkan program ini
Jumlah Sumbangan Terkumpul
Jumlah sumbangan yang telah terkumpul mengikut teras – teras pertubuhan Yayasan Maghfirah.