Infaq Quran Braille
Projek infaq al-Quran Braille merupakan projek dakwah dalam mengumpulkan dana dan mencetak al-Quran Braille dan diserahkan secara percuma khususnya kepada golongan OKU Penglihatan Islam di seluruh Malaysia.
Hal ini bertujuan untuk menimbulkan minat golongan OKU penglihatan untuk mempelajari dan membaca al-Quran Braille. Secara tidak langsung, golongan ini akan berkeinginan untuk memiliki al-Quran Braille. Memandangkan al-Quran Braille ini sukar untuk didapati di pasaran dan mengenakan harga yang tinggi, maka projek ini akan memudahkan lagi mereka untuk memiliki al-Quran Braille.
Projek ini akan dijalankan dalam masa setahun dengan anggaran pencetakan al-Quran Braille sebanyak 2,400 naskah.
Sasaran dana setahun: RM 936,000.00
Pakej tajaan:
Senaskah al-Quran Braille : RM400
Al-Quran Braille & Kelas Pengajian : RM500
Perkembangan Semasa Quran Braille
Anjuran Bersama

Bantu kami Viralkan program ini
Jumlah Sumbangan Terkumpul
Jumlah sumbangan yang telah terkumpul mengikut teras – teras pertubuhan Yayasan Maghfirah.