Yayasan Maghfirah

Firman Allah SWT:

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

(Surah al-Baqarah: 274)

Kempen Berjaya & Telah Ditutup

Infaq Pembelian Mesin Cetak Quran Braille

Projek pembelian mesin cetak Braille memberi fokus kepada pengumpulan dana bagi menampung kos pembelian mesin cetak braille yang akan digunakan bagi mencetak bahan cetakan braille khusus untuk kegunaan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS).

PERTIS kini memiliki 15 unit mesin cetak braille yang hanya mampu menghasilkan 10 naskah Al-Quran dalam masa satu hari. Dengan adanya pertambahan unit mesin cetak ini dapat meningkatkan lagi kecekapan dan kuantiti produk bahan cetakan braille seperti Al Quran, iqra, kitab tafsir Ar-Rahman, buku-buku pengajian islam untuk kegunaan OKU penglihatan yang akan diserahkan secara percuma.

Yayasan Maghfirah mensasarkan pembelian 10 unit mesin cetakan braille untuk kegunaan PERTIS dan manfaat berpanjangan buat OKU penglihatan di seluruh Malaysia.

Kos pembelian mesin cetakan braille: RM 42,900.00 sebuah
Sasaran dana keseluruhan: RM 429,000.00

Sejumlah RM429,000 sumbangan berjaya diperolehi.
RM429,000 100%

Perkembangan Semasa Pembelian Mesin Cetak Quran Braille

Anjuran Bersama

Bantu kami Viralkan program ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Jumlah Sumbangan Terkumpul

Jumlah sumbangan yang telah terkumpul mengikut teras – teras pertubuhan Yayasan Maghfirah.

RM 0 +
Teras Dakwah
RM 0 +
Teras Pendidikan
RM 0 +
Teras Kebajikan