Bantuan Makanan

Pemakanan adalah perkara yang sangat penting dalam aspek pertumbuhan badan kanak-kanak. Makanan dengan nutrisi yang cukup dapat membantu kanak-kanak untuk membesar dengan lebih baik dan membantu mereka untuk kekal bertenaga dan fokus dalam pembelajaran mereka.

Oleh itu, program bantuan makanan yang dilaksanakan secara berkala setiap bulan ini adalah untuk memberi bantuan makanan berbentuk bijirin kepada kanak-kanak miskin bandar untuk memastikan mereka mendapat nutrisi yang cukup bagi membantu perkembangan tumbesaran mereka.