Yayasan Maghfirah

Sumbangan Buat Penggiat Seni Yang Terjejas

7 Februari 2021 (AHAD) – Sepanjang program agihan bantuan makanan asnaf yang diadakan semalam, kami berkesempatan menziarahi En Syed Othman yang merupakan seorang penggiat seni yang hampir dua tahun tidak bekerja atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Yayasan Maghfirah hadir bersama artis terkenal, Johan As’ari serta wakil persatuan Relawan Muda bersama kerah tenaga bagi mengagihkan bantuan makanan asnaf kepada 10 keluarga yang terdiri daripada golongan seni yang terjejas sepanjang tempoh pkp di Kuala Lumpur.

 

Alhamdulillah, kesempatan untuk menyantuni golongan seni yang terjejas ini membuka mata bahawa masih ramai masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan.

Ayuh menyumbang bersama Yayasan Maghfirah. Setiap sumbangan yang diberikan oleh tuan/puan dapat membantu memudahkan urusan orang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *