Yayasan Maghfirah

Sumbangan Buat Penggiat Seni Yang Terjejas

7 Februari 2021 (AHAD) – Seterusnya, kami berkesempatan menziarahi Puan Yusnita yang sebelum ini bekerja sebagai production manager. Atas faktor pkp, Puan Yusnita kehilangan sumber pendapatan sehingga beliau tidak mampu membayar sewa rumahnya dan terpaksa keluar dari rumah tersebut.

Sekarang beliau hanya menumpang teduh di rumah adiknya kerana tidak mampu membayar sewa rumah dan tiada pendapatan disebabkan oleh PKP. Sangat menyedihkan apabila mendengar kisah puan Yusnita ini. Ujian yang berat buat beliau sekeluarga.

Yayasan Maghfirah hadir bersama artis terkenal, Johan As’ari serta wakil persatuan Relawan Muda bersama kerah tenaga bagi mengagihkan bantuan makanan asnaf kepada 10 keluarga yang terdiri daripada golongan seni yang terjejas sepanjang tempoh pkp di Kuala Lumpur.

 

Alhamdulillah, kesempatan untuk menyantuni golongan seni yang terjejas ini membuka mata bahawa masih ramai masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan.

Ayuh menyumbang bersama Yayasan Maghfirah. Setiap sumbangan yang diberikan oleh tuan/puan dapat membantu memudahkan urusan orang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *