Yayasan Maghfirah

Sumbangan Buat Asnaf di Kajang Mewah

28 Februari 2021 (AHAD) – Alhamdulillah pasukan Yayasan Maghfirah telah turun padang bagi mengagihkan sumbangan makanan asas, Al-Quran, essential kit, susu dan lampin kepada 23 keluarga asnaf yang tinggal di flat Kajang Mewah dan Apartment Kajang Mewah, Kajang, Selangor.

 

Agihan bantuan ini turut disertai oleh Ustaz Ahmad Sanusi selaku duta Yayasan Maghfirah.

 

Keadaan penerima sumbangan ini amat mengesani hati pasukan Yayasan Maghfirah. Melihatkan keadaan dan kesukaran yang dihadapi membuka mata bahawa masih ramai yang memerlukan. Antara kesukaran yang dihadapi adalah diberhentikan kerja, menghadapi penyakit yang serius dan perlu menanggung anak-anak yang ramai.

 

Moga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka. Terima kasih kami ucapkan atas sumbangan yang diberikan, teruskan sumbangan kerana lebih ramai lagi golongan asnaf yang akan kami santuni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *