Yayasan Maghfirah

Solidariti Bersama Frontliners

23 Mac 2021 (SELASA) – Alhamdulillah Yayasan Maghfirah bersama I-Medik telah mengagihkan bantuan peralatan kesihatan yang terdiri daripada peralatan seperti BP set, Termometer, N95, Face shield, Glove, Hand Sanitizer dan Essential Kit kepada Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD Petaling) .
Ketua Jabatan PKD Petaling Encik Mohamad Paid mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Yayasan Maghfirah dan pihak I-Medik atas bantuan yang diberikan ini sebagai satu usaha untuk mempersiapkan kelengkapan frontliners negara melindungi diri dari wabak Covid-19
Kami dari Yayasan Maghfirah merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada para penyumbang atas jasa sumbangan ini.
Semoga Allah SWT memberkati amal ini dengan limpahan pahala yang berpanjangan Amin YRA.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *