siapa kami

Skuad Kita Bantu

Banjir, kebakaran rumah, dan ribut antara bencana yang sering terjadi dan boleh mengakibatkan kerosakan harta benda seperti tempat kediaman, kemudahan kenderaan, alatan elektrik dan sebagainya. Hal ini menjadi bertambah buruk apabila dalam masa yang wabak Covid-19 yang masih tidak hilang ini turut memberikan impak kepada semua lapisan masyarakat.

Meskipun rakyat Malaysia kini dalam fasa pemulihan, namun rakyat Malaysia masih perlu bersiap siaga dalam perkara yang melibatkan bencana ini kerana berdasarkan kenyataan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Dr Ir Nor Hisham Mohd Ghazali pada 4 November 2021 telah berkata “Air pasang besar pada bulan November dan Disember boleh mengakibatkan banjir teruk jika berlaku pertembungan air laut di lembangan sungai disertai dengan hujan lebat”.

Sekiranya perkara ini berlaku, pastinya akan mengakibatkan kerosakan yang teruk dan mangsa boleh terputus bekalan makanan, sumber air bersih dan sebagainya. Banjir pada kali ini juga diramalkan akan lebih teruk disebabkan fenomena air pasang besar ditambah lagi dengan musim hujan yang melanda pada setiap kali hujung tahun.

Masyarakat dapat mendekatkan diri dengan rahmat dakwah Islam melalui bantuan yang dijalankan. Beban dan tekanan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa bencana turut dapat dikurangkan. Dengan menghulurkan bantuan ini juga dapat menggalakkan budaya saling membantu antara masyarakat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:


الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganaiya dan tidak akan dianaiya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

Riwayat al-Bukhari (2442)

Objektif Kempen

Meringankan beban mangsa bencana melalui bantuan keperluan semasa di samping dapat memberi kesedaran kepada orang awam agar cakna dengan kesusahan yang menimpa mangsa bencana. Selain itu, menjadi wadah bagi orang awam untuk membantu mangsa bencana melalui Skuad Kita Bantu, Yayasan Maghfirah.

Penerima Manfaat

  • Mangsa Bencana

Kenapa perlu dibantu

Dengan bantuan yang dihulurkan, kebajikan mangsa bencana terjaga. Mereka juga tidak akan mengalami trauma atau tekanan akibat daripada kerosakan harta benda Budaya saling membantu juga dapat dipupuk dalam sesebuah masyarakat.

Jenis Bantuan

  • Barangan asas, kit kebersihan diri dan kit ibadah
  • Bekalan air bersih dan water jet (pembersihan)
  • Peralatan elektrik
  • Semua bantuan mengikut jumlah, saiz dan kuantiti serta bergantung kepada jenis bantuan barangan.

Gambar-gambar

Tabung Kecemasan Bencana

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial