siapa kami

Banjir Temerloh, Pahang

Banjir Temerloh, Pahang

Banjir pada kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya memandangkan kehadiran Covid-19 yang sangat memberikan impak kepada semua lapisan masyarakat. Ketika wabak ini masih belum reda, banjir pula menimpa beberapa daerah di Pahang sehingga merosakkan harta benda yang telah menyebabkan kerugian kepada mereka yang terlibat. Lebih merisaukan, apabila terdapat beberapa daerah di Pahang yang telah terputus bekalan air bersih dan makanan asas akibat daripada air banjir yang telah menyekat laluan utama untuk ke daerah tersebut. Banjir kali ini berlarutan lebih lama dan lebih banyak daerah yang terjejas berbanding banjir pada tahun-tahun sebelum ini.

Objektif Kempen

Menyampaikan bantuan keperluan semasa kepada mangsa banjir yang terlibat di samping dapat memberi kesedaran kepada orang awam agar cakna dengan kesusahan yang menimpa mangsa-mangsa ini. Selain itu, menjadi wadah bagi orang awam untuk membantu mangsa melalui Skuad Kita Bantu, Yayasan Maghfirah.

Kenapa perlu dibantu

Dengan bantuan yang dihulurkan, nasib mangsa banjir akan terbela dan kebajikan mereka akan lebih terjaga. Keadaan yang mereka hadapi ini boleh menyebabkan trauma dan tekanan jika mereka terpaksa melaluinya sendirian tanpa sebarang pertolongan. Budaya saling membantu turut dapat dipupuk dalam sesebuah masyarakat.

Masyarakat dapat mendekatkan diri dengan rahmat dakwah Islam melalui kebajikan yang dijalankan. Mangsa-mangsa banjir turut mendapat manfaat dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Dengan menghulurkan bantuan ini juga dapat menggalakkan budaya saling membantu antara masyarakat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لا يَظْلِمُهُ وَلا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

 “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganaiya dan tidak akan dianaiya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

Riwayat al-Bukhari (2442)

Senarai Pakej

Jenis Bantuan

  • 2 lori tangki air 20,000 liter, tangki air statik 60 biji, barangan asas, kit kebersihan diri.
  • Barangan asas, kit kebersihan diri, air botol minuman, bekalan air bersih, pakaian, water jet dan water pump.
  • Semua bantuan yang dihulurkan harus mengikut keperluan semasa, jumlah, saiz dan kuantiti serta bergantung pada jenis bantuan barangan.

Penerima Bantuan

  • Masyarakat yang terkesan dengan banjir

Penyumbang Terkini

Perkembangan Projek

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!