Sukarelawan Diperlukan

Yayasan Maghfirah telah menubuhkan sukarelawan Skuad Kita Bantu dengan tujuan ingin membantu meringankan beban yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia baik yang terkesan daripada bencana alam mahupun wabak Covid-19.

Jom sumbangkan tenaga Anda ke Jalan Allah ! Klik Button ‘Daftar Sekarang’
BAJU SKUAD KITA BANTU DISEDIAKAN !!

Penerangan Sukarelawan

 Skuad Kita Bantu ini disertai oleh para sukarelawan yang menetap di seluruh Malaysia dan sehingga kita sejumlah 100 orang sukarelawan telah berdaftar di bawah sukarelawan Yayasan Maghfirah dan hampir 60 orang adalah ahli yang aktif. Bukan itu sahaja, Yayasan Maghfirah turut komited untuk membangunkan sukarelawan yang berjiwa besar melalui pengisian aktiviti bulanan seperti webinar, menyumbang tenaga dalam pembungkusan makanan asasi, penampalan pelekat infaq pada al-Quran dan sebagainya.

Yayasan Maghfirah menjalankan program ke seluruh Malaysia. Oleh itu, pihak kami berbesar hati mengajak anda bersama membantu dan mendekati masyarakat kita dalam membantu dan bertegur-sapa dengan golongan asnaf, mangsa bencana, anak-anak istimewa, dan sebagainya.

1. Dapat sertai aktiviti2 berimpak tinggi seperti latihan kemahiran asas, latihan komunikasi berkesan, dan berpeluang melakukan latihan amali dakwah

2. Pengisian pentarbiahan

3. Baju ahli skuad kita bantu dan topi. Selain itu, ahli aktif sukarelawan juga akan mendapat baju ahli sukarelawan aktif.

4. Boleh sertai misi bantuan di seluruh malaysia

5. Set makanan setiap misi bantuan.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial