Yayasan Maghfirah

Sabarlah! Ujian Membersihkan Dosa

Seseorang akan diuji terus menerus sehingga ia berjalan di muka bumi ini bersih dari dosa-dosanya.

Tidak akan duji seseorang manusia itu melainkan dia akan dibersihkan dari dosa-dosanya! Bentuk-bentuk ujian Allah termasuklah dalam surah al-Baqarah, ayat 155:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.

Keimanan manusia diuji setiap kali mereka menghadapi pelbagai masalah. Bagaimana mereka kembali kepada Tuhan mereka pada setiap kesulitan dan keresahan hadapi pelbagai ujian?

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?..”

Rindunya Allah SWT mendengar manusia merintih kepadanya dengan penuh keikhlasan dan ketelusan. Setiap ujian lebih mendekatkan manusia kepada Tuhan, mengingatkan mereka bahawa mereka ada Pencipta: “Allah bersama dengan kita bila mana manusia akan hilang”.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *