Yayasan Maghfirah

Rezeki Bersama, Memberi Lebih Bermakna

Kita masih boleh bersenang-senang, sedangkan saudara kita sedang menderita.

Semakin bertambah rezeki sepatutnya kita lebih murah memberi. Lebih-lebih lagi rasa bertanggungjawab untuk membantu orang lain.

Tetapi tidak, kita mudah lupa untuk memberi setelah terlalu banyak menerima. Inilah antara ciri-ciri orang yang tidak bersyukur.

Sedangkan, rezeki yang kita dapat setiap hari terselit juga rezeki orang lain. Sebab itulah Rasulullah SAW berpesan, “jangan takut untuk berkongsi”.

Allah SWT berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki”. (Surah Saba’:39)

Ayuh bersama kami realisasikan Korban Untuk Ummah dengan berkongsi rezeki kita. Mudahnya menuai ladang pahala bila kita belajar untuk mensyukuri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *