
Quran For All &
Kelas Sahabat Al-Quran
Apabila meninggalnya anak adam maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu doa anak soleh terhadap ibubapanya, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat
Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :
Satu Nama : RM30
Satu Naskah : RM60
Projek Raikan Ramadan
    Quran For All
Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.
a) Mengumpulkan dana khusus untuk pembelian dan pengagihan Al-Quran kepada golongan miskin bandar, anak-anak yatim, rumah-rumah kebajikan dan perlindungan, pusat tahfiz ,pusat pendidikan, masjid atau surau yang memerlukan.
b) Mengumpulkan dana untuk proses pelupusan Al-Quran kesan daripada al-Quran yang rosak akibat banjir atau bencana.
c) Membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak.
Projek Quran For All merupakan sebuah projek agihan al-Quran gabungan antara infaq dan pelupusan al-Quran.
Projek ini menekankan kepada pengumpulan dana bagi membeli, mengagihkan dan melupuskan Al-Quran yang telah rosak akibat banjir mahupun al-Quran yang lama dan rosak
Pengagihan al-Quran diberikan kepada golongan sasaran secara percuma. Slogan, “Satu Rumah, Satu Al-Quran” adalah sasaran besar penganjuran projek ini bagi membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam masyarakat Malaysia khususnya serta daripada pembacaan al-Quran itu dapat memupuk sahsiah seseorang menjadi muslim yang sejati.
Yayasan Maghfirah dengan kerjasama Hubbul Quran bersama-sama mengurus projek pelupusan al-Quran bagi memastikan al-Quran yang lama atau rosak dilupuskan dengan cara yang betul. Ia melibatkan masjid, surau, rumah kebajikan, perlindungan, mangsa bencana banjir atau mana-mana organisasi yang mempunyai simpanan al-quran lama dan rosak akibat daripada banjir atau bencana.
Al-Quran akan dilupuskan dengan proses yang teliti di Hubbul al-Quran kemudian akan diinfaqkan al-Quran yang baru agar mereka dapat membaca al-Quran yang baharu.
Diagihkan kepada Golongan asnaf, rumah perlindungan/kebajikan, masjid dan surau yang memerlukan
1. Pemilihan dibuat dengan memastikan penerima wakaf al-Quran terdiri dari golongan asnaf, warga emas, rumah anak yatim, pusat tahfiz, sekolah atau ipt, mangsa bencana serta umah kebajikan dan perlindungan
2. Majoriti penduduk PPR terdiri daripada masyarakat miskin bandar, mereka hidup dalam bersedarhana, sudah pasti al-Quran yang digunakan yang lama dan jarang untuk membeli yang baru
3. Anggaran 500 al-Quran pda setiap bulan akan dinfaqkan pada yang memerlukan
    Kelas Sahabat Al-Quran

Kekangan dari segi kewangan merupakan antara asbab anak-anak miskin bandar tidak mendapat sumber didikan agama yang secukupnya. Kejadian ini akan menyebabkan minat dan pengetahuan anak-anak terbatas dalam mempelajari ilmu agama. Oleh itu, Tujuan kempen ini adalah untuk Membantu anak-anak yang tinggal di PPR dan perumahan kos rendah sekitar KL dan Selangor untuk mempelajari al-Quran secara teratur sekaligus membina akhlak, rohani dan intelektual peserta agar selari dengan ajaran Islam.
Masalah sosial yang semakin serius!
Majoriti masyarakat PPR tidak mendapat pendidikan agama yang formal atas sebab-sebab ekonomi. Hal ini menyebabkan kebanyakkan anak-anak tidak tahu membaca al-Quran dan melaksanakan solat dengan betul. Selain itu, Pendidikan agama di rumah juga tidak berlaku kerana kesibukan ibu bapa bekerja sehinggakan tidak mempunyai masa mengajar anak-anak. Dalam pada itu, Ada juga dari kalangan ibu bapa mengakui mereka sendiri tidak mahir atau tidak tahu membaca al-Quran. Di samping itu, Tiada kelas al-Quran dengan kos bulanan yang rendah disediakan disekitar kawasan rumah sebagai alternatif pembelajaran ilmu agama kepada anak-anak mereka.
kelas Agama percuma inisiatif Terbaik!
Kelas ini merupakan antara inisiatif terbaik bagi mengurangkan masalah sosial masyarakat miskin bandar. Kelas ini sebuah program pendidikan bermodul yang memfokuskan pengajian Al-Quran dan penerapan asas kefahaman Islam. Kelas ini bukan sahaja menekankan pendidikan al-Quran dari sudut bacaan dan tajwid, tetapi juga penekanan kefahaman mengenai isi al-Quran, praktikal fardhu ain dan kefahaman Islam agar dapat dipraktikkan serta diterjemahkan kepada akhlak dan adab pelajar. Pembelajaran dalam kumpulan kecil memberikan kelebihan kepada guru supaya dapat memberikan perhatian yang lebih mendalam kepada setiap pelajar. Kelas SAQ ini mengandungi 8 buah modul (tajwid, tafsir, hadith, akidah, sirah, ibadah, aktiviti palestin dan aktiviti khas) dan modus pembelajaran adalah melalui perlaksanaan aktiviti yang menarik. Sasaran untuk mencapai 1000 orang pelajar sehingga hujung tahun 2021. Jumlah perbelanjaan bagi seorang pelajar setahun: RM 800, sebulan: RM 66, satu sesi pembelajaran: RM 9. 7

Sumbangan Anda bersama Azam Mereka!
Dengan Bantuan Anda, dapat mengurangkan masalah sosial di PPR apabila tiada pendekatan untuk meningkatan kefahaman islam dalam kalangan mereka. Selain itu, Kelas ini dapat memberi inspirasi kepada Anak-anak PPR ini untuk berusaha mengubah diri, keluarga, masyakarat, dan agama.
Jom Menyumbang Untuk Pendidikan Anak-anak Wawasan ini.
Bantuan yang dihulurkan dapat memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan yang tinggal di PPR dan PKR untuk mengikuti program STEM secara percuma. Semoga anak-anak di PPR dan PKR lebih bersemangat untuk belajar sains dan dapat meningkatkan kefahaman dan minat mereka dalam bidang STEM. Sesungguhnya Allah akan melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.
Firman Allah SWT:
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [رواه البخاري ومسلم]
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)
Senarai Pakej
sumbangan anda bermakna buat mereka.
Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :
- Satu Nama : RM30
- Satu Naskah : RM60
Penyumbang Terkini



































