Yayasan Maghfirah

Penduduk Raub Menerima Bekalan Air Setelah 5 Hari Terputus

5 HARI BEKALAN AIR TERPUTUS!
9 Januari 2020 (SABTU) – Alhamdulillah sebahagian daripada bantuan bekalan air bersih telah diagihkan kepada penduduk Kampung Sungai Pasu, Raub.

 

Saluran kerjasama ini dilakukan antara pihak Yayasan Maghfirah, PAIP Berhad, Relawan muda ISMA.

 

Alhamdulillah ini adalah hari pertama mereka mendapat bekalan air sejak 5 hari lepas (Selasa).

 

 

Bantuan saluran bekalan air ini InshaAllah akan diteruskan untuk tiga hari di Raub melalui kampung-kampung dan penempatan yang terjejas bekalan air bersih.

 

Kami mengalu-alukan Tuan/Puan untuk meneruskan sumbangan agar kami dapat membekalkan lebih banyak inisiatif bantuan seperti kepada penduduk yang terjejas banjir.
#MisiBantuanMangsaBanjir

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *