Pembangunan Darul Maghfirah, Mesir

Penerangan Projek

"Mahasiswa Malaysia Golongan B40 di Mesir Hadapi Tekanan Hidup Kerana Tidak Mampu Membayar Kos Sara Hidup Yang Tinggi"
1. TAK MAMPU TAMPUNG KOS BELAJAR, ADA YANG BERKERJA SEHINGGA PELAJARAN TERGANGGU
Ramai anak-anak pelajar dari keluarga B40 dan asnaf yang tidak mendapat tajaan tetapi berusaha sendiri mengumpul duit untuk terus bertahan di sana. Ada yang bekerja sambilan untuk mencari pendapatan sehingga mengabaikan pelajaran semata-mata untuk membayar sewa tempat tinggal dan kos pengangkutan yang tinggi.
2. KOS RUMAH SEWA NAIK 10% HINGGA 20% SETAHUN
Kebiasaannya, setiap tahun tuan rumah sewa akan menaikkan caj sewa kepada penyewa termasuk kepada anak-anak pelajar Malaysia. Malah ada antara tuan rumah akan meminta kos tambahan luar dari kontrak setiap bulan. Cukup berat beban kewangan perlu mahasiswa tanggung sehingga ada yang dihalau keluar rumah kerana mempertahankan hak mereka.
3. MASALAH KURANGNYA KELAS TAMBAHAN DI LUAR KAMPUS

Bayangkan dengan jumlah kelas yang terhad, kecil dan sempit serta bilangan pelajar Malaysia yang mengambil jurusan pengajian Islam melebihi 20,000 orang, mereka tidak dapat belajar dengan kondusif. Anak-anak pelajar Melayu perlu berasak dan berebut tempat dengan pelajar-pelajar berbangsa Arab.
Hakikatnya ada antara anak-anak pelajar kita di sana yang tidak dapat menanggung tekanan ini & membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembelajaran. Cita-cita menjadi ulama pada masyarakat terpaksa dikorbankan.

JALAN PENYELESAIANNYA...
Ayuh sama-sama bantu atasi masalah mahasiswa & mahasiswi kita di sana melalui penubuhan BANGUNAN PUSAT DAKWAH & KEBAJIKAN, DARUL MAGHFIRAH di Kaherah, Mesir.
Bangunan ini menjadi satu inisiatif untuk memberi keselesaan yang lebih baik kepada para mujahid ilmu kita. Siapa yang tidak mahu melihat anak-anak pelajar kita di sana dijauhkan daripada masalah yang tidak sepatutnya mereka lalui serta pulang ke tanah air menjadi para ulama & ilmuwan yang berkualiti dan disegani.
Bangunan Darul Maghfirah mempunyai 7 tingkat akan menyediakan:
- Asrama bagi 100 mahasiswa Malaysia di Mesir yang tergolong dalam golongan B40
- Sebuah perpustakaan yang lengkap
- 3 kelas dan 2 dewan yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu-satu masa
- Dewan makan untuk mahasiswa yang menetap di asrama
- Sebuah Surau
Seluruh ruang bangunan akan memuatkan:
- 100 orang mahasiswa Malaysia untuk 4 tingkat asrama
- 100 orang mahasiswa Malaysia untuk 3 kelas dan 2 dewan pengajian
- 100 orang penduduk asrama untuk 1 dewan makan
- 30 orang mahasiswa untuk kegunaan perpustakaan dalam satu-satu masa
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (sedekah berpanjangan), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim).
Bayangkan bila pelajar yang anda bantu kembali ke tanah air, mereka mengajar ilmu agama dan Al-Quran, anda turut mendapat pahala. Bahkan pahala yang berpanjangan.
Berapakah pahala anda yang sudah berlipat kali ganda? Ya, tidak terkira.
Jom sama-sama bantu kami mencapai SASARAN bagi pembangunan Darul Maghfirah.
SASARAN DANA : RM 5.8 JUTA
Percayalah bantuan tuan puan semua bukan sekadar memberi manfaat jangka pendek, bahkan turut menjadi saham jangka panjang pahala tuan puan kerana bangunan dakwah ini akan kekal digunakan oleh penuntut-penuntut ilmu di Al-Azhar, Mesir. Moga pahala ini dapat menghapus dosa di dunia dan membawa Tuan Puan ke syurga di akhirat kelak.
BAGAIMANA UNTUK MENGINFAQ DAN MENYUMBANG?
Pilih pakej menarik yang disediakan di bawah. Jika tuan/puan berniat untuk menyumbang tetapi tidak mahu mengikut pakej di atas boleh menyumbang sebanyak RM 10 & RM 20 dan sebagainya ke akaun di bawah:
Bank : CIMB Bank
Nama : Yayasan Maghfirah
No akaun : 8603221427
Sila letakkan reference “ Mesir01”
*Jika anda dari Singapura, Brunei atau Indonesia boleh pilih kaedah pembayaran Billpliz » kaedah card » masukkan butiran kad anda
Namun jika anda dari Malaysia boleh terus pilih kaedah billpliz » online banking
