Pembedahan Koklea Adik Iman

Penerangan Projek

Kisah adik Iman... asalnya seperti kanak-kanak lain tapi kemudian hilang keupayaan untuk mendengar

Adik Iman pada asalnya dilahirkan dalam keadaan sihat & mempunyai
pendengaran yang baik namun selepas usia 2 tahun ibu adik Iman mula
menyedari bahawa adik Iman tidak lagi memberikan respon ketika
berkomunikasi.

Di waktu kanak-kanak lain boleh bergelak ketawa & bergurau, Adik Iman hanya memerhati dari jauh…

Masalah pendengaran yang dihadapi oleh adik Iman menyebabkan dia tidak
dapat bertutur seperti kanak-kanak lain.
Hal ini menyebabkan perkembangan sosial adik Iman terganggu bilamana dia
tidak dapat berkomunikasi seperti kawan-kawan lain di sekolah.

Adik Iman boleh mendengar semula dengan satu pembedahan!

Setelah menjalani siri rawatan & saringan, doktor pakar menyarankan adik Iman
untuk menjalani pembedahan koklea kerana keadaan telinga adik Iman sesuai
untuk diimplan koklea untuk memastikan adik Iman dapat mendengar semula

Ibu adik Iman Tak mampu tanggung kos rawatan..

Ibu adik Iman, Pn Norhayati merupakan seorang ibu tunggal dan merupakan
seorang peniaga nasi lemak.
Pendapatan & simpanan yang beliau ada masih tidak mencukupi untuk
menampung kos pembedahan Implan Koklea yang tinggi berjumlah : RM
150,000.00

Bantu Adik Iman Ceria & Mendengar Semula

Sebenarnya ibu adik Iman sangat menginginkan satu-satu anaknya ini untuk
mendengar semula namun apakan daya beliau sendiri tidak mampu untuk
menanggung kos pembedahan tersebut.

Atas dasar prihatin, Yayasan Maghfirah membuka tabung khas untuk
membantu pembedahan adik Iman & juga pesakit-pesakit lain yang memerlukan
bantuan rawatan.

Antara kanak-kanak yang pernah mengalami masalah yang sama seperti adik
Iman adalah adik Nailah. Hasil sumbangan orang ramai adik Nailah berjaya
melaksanakan pembedahan implan koklea & kini sedang menjalani tempoh
terapi untuk mendengar semula.

Percayalah tuan/puan, bantuan kita baik besar mahupun kecil jumlahnya, ia
begitu besar maknanya untuk membantu adik Iman mendengar semula

“Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah
SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang
menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya

pada hari kiamat.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)

Senarai Pakej

Penerima Manfaat:

  • Pakej Noble                RM 10,000 
  • Pakej Dermawan      RM 1000 
  • Pakej Ambil Berat     RM 500 
  • Pakej Prihatin             RM 100 
  • Pakej Sayang             RM 50 
  • Pakej Peduli                RM 30

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial