Kongsi Rezeki
Taja 40,000 pek makanan sepanjang tahun dengan Pakej Sumbangan :-
Kongsi Rezeki : RM 1500/100 pax
Kongsi Bahagia : RM 750/50 pax
Kongsi Kasih : RM 150/10 pax
Kongsi Nikmat : RM 75/5 pax
Kongsi Senyuman : RM 15
ATAU
Salurkan sumbangan seikhlas hati untuk membantu mereka yang memerlukan
Taja 40,000 pek makanan & iftar sempena Ramadan & sepanjang tahun Pakej sumbangan
Kongsi Rezeki : RM 1500/100 pax
Kongsi Bahagia : RM 750/50 pax
Kongsi Kasih : RM 150/10 pax
Kongsi Nikmat : RM 75/5 pax
Kongsi Senyuman : RM 15
ATAU
Salurkan sumbangan seikhlas hati untuk membantu mereka yang memerlukan
Penerangan Projek
“Taja 40,000 Pek Makanan Asnaf Sepanjang Tahun”

Terkini, keadaan ekonomi telah mendesak rakyat Malaysia untuk berjimat cermat dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Harga barangan asas seperti ayam dan telur terus meningkat. Namun kita masih lagi mampu berbelanja, untuk makanan harian.
Golongan asnaf seperti fakir miskin, OKU, ibu tunggal pula dalam kesusahan. Untuk teruskan kehidupan pun semakin sukar, dengan sewa rumah lagi, kerja yang tidak menentu, membuatkan mereka berada bawah paras kemiskinan.
Sanggup Kita Biarkan Mereka Kelaparan?
Mereka itu, saudara Muslim kita. Sedang kita ada pilihan makanan, tetapi mereka tidak. Sebagai seorang muslim, tanggungjawab kita membentuk kelompok masyarakat prihatin dengan membantu mereka yang kesusahan.
“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…”
(Surah al-Ma’idah, 5:2)
Zahirkan keimanan kita dengan beramal sedekah, membantu para asnaf yang berkeperluan.
Yayasan Maghfirah mengambil inisiatif untuk membantu golongan ini mendapatkan makanan melalui projek Kongsi Rezeki.
Projek Kongsi Rezeki ini, diwujudkan untuk menyalurkan bantuan makanan kepada golongan asnaf sepanjang tahun. Makanan ini akan diagihkan dalam bentuk:
- Pek Makanan Asnaf (Setiap pek mengandungi hidangan makanan siap masak).

Penerima sumbangan terdiri daripada:
- Keluarga fakir miskin
- Golongan OKU
- Golongan ibu tunggal
- Pusat perlindungan anak yatim dan orang tua
- Pelajar IPT
- Barisan hadapan (Frontliner)
- Peniaga kecil
Rasulullah ﷺ Bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang
(Hadis Riwayat At-Thabrani)
dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga
yang tidak dimasuki oleh orang lain.”

Pakej sumbangan
Kongsi Rezeki : RM 1500/ 100 pax
Kongsi Bahagia : RM 750/ 50 pax
Kongsi Sayang : RM 300/ 30 pax
Kongsi Kasih : RM 150/10 pax
Kongsi Nikmat : RM 75/5 pax
Kongsi Senyuman : RM 15/ 1 pax