Tahfiz Peradaban

Penerangan Projek
Tabung Tahfiz Peradaban
Kebanyakan pusat tahfiz di Malaysia ini tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mewujudkan sebuah bangunan yang mempunyai infrastruktur yang lengkap serta keselamatan yang terjamin. Disebabkan itu, para pelajar tahfiz terpaksa belajar dalam keadaan persekitaran yang kurang selesa. Generasi para penghuffaz di Malaysia juga semakin ditelan oleh arus modenisasi serta semakin ketandusan penghuffaz yang berkaliber dan berkualiti disebabkan modul pengajaran yang semakin berkurangan. Terdapat juga pusat tahfiz yang memerlukan bantuan secara one-off bagi menampung atau membantu perbelanjaan tahfiz pada bulan tersebut.
Objektif Kempen

Mengumpulkan dan mendapatkan dana untuk pusat tahfiz hasil sumbangan daripada orang ramai yang prihatin untuk membantu para pelajar mempunyai suasana pembelajaran yang lebih kondusif. Selain itu, kempen itu turut membantu pusat tahfiz melaksanakan program pemerkasaan kepada pelajar tahfiz untuk pembangunan insan huffaz.
Kenapa perlu dibantu
Kebanyakan pusat tahfiz terpaksa ditutup semasa PKP kerana tidak mampu menampung perbelanjaan yang semakin meningkat. Anggaplah infak yang disalurkan ini sebagai jalan-jalan kecil menuju ke syurga.

Selain menyumbang, ini juga merupakan jalan dakwah anda!
Menaja pendidikan mereka juga merupakan satu dakwah. Melalui saluran bantuan ini, pusat-pusat tahfiz akan mempunyai dana yang mencukupi untuk membangunkan sebuah bangunan yang lengkap dengan insfrastruktur supaya para pelajar dapat belajar dalam keadaan selesa dan terjamin keselamatannya. Para pelajar yang menuntut di pusat tahfiz juga dapat membentuk potensi dan mencungkil bakat mereka dan cakna dengan keadaan realiti umat pada masa kini. Sesungguhnya tidak akan rugi seseorang itu jika membantu mereka yang berjihad di jalan Allah.
Rasulullah SAW pernah bersabda:
مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَقَدْ غَزَا ، وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا
“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.”
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
Senarai pusat tahfiz:
- Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas
- Maahad Tahfiz Misbahul Falah
Program pentarbiahan pelajar-pelajar tahfiz ini diteruskan lagi dengan latihan peningkatan kemahiran seperti tuisyen dan kelas, dan program usrah.
In sha Allah, bantuan daripada Tuan/Puan akan dapat melahirkan para huffaz yang menjaga agama dan membimbing masyarakat kelak.
Senarai Pakej
sumbangan anda bermakna buat mereka.
Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :
- Infaq 100 bata untuk 1 Tahfiz RM 30
- Infaq 100 bata untuk 2 Tahfiz RM 60
- Infaq 200 bata untuk 3 Tahfiz RM 100
- Infaq 300 bata untuk 4 Tahfiz RM 300
- Infaq 300 bata untuk 5 Tahfiz RM 600
- Infaq 500 bata untuk 4 Tahfiz RM 1,000